MH135 KL-Brisbane Dialihkan Ke Bali Selepas Penumpang Bersalin
MH135 KL-Brisbane Dialihkan Ke Bali Selepas Penumpang Bersalin
Pesawat MAS MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali kerana salah seorang penumpang hampir bersalin
JAKARTA: Penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali selepas seorang penumpangnya melahirkan anak.Menurut Pengurus Besar Angkasa Pura I di Ngurah Rai, Herry A.Y. Sikado, MH135 mendarat dengan selamat di lapangan terbang pada kira-kira pukul 2.10 petang Jumaat selepas ia meminta lencongan dari laluan asalnya.
Penerbangan mendarat dengan semua 178 penumpang selamat.
Penumpang berkenaan, seorang warga Australia bernama Samual P. Jeyanthi kemudiaanya dibawa ke Hospital Kasih Ibu di daerah Badung, Bali.
"Insiden itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " kata Herry.
Pesawat itu berlepas ke destinasi asal selepas dua jam melakukan pendaratan cemas.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date