Kapal Furgo yang bakal menyertai operasi pencarian MH370 pada minggu depan.
MH370 : Pencarian Pertama Di Air Dalam Tidak Memberi Hasil
Pihak berkuasa Australia telah membuat kenyataan rasmi berkenaan pencarian pertama di kawasan air dalam yang dilakukan bagi mencari MH370.
Menurut apa yang yang dinyatakan didalam kenyataan tersebut, kawasan pencarian sebesar 670 kilomemeter persegi tidak membuahkan apa-apa hasil.Pesawat MAS MH370 yang membawa seramai 239 penumpang telah hilang ketika membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dan setakat ini tiada sebarang jejak dijumpai walaupun banyak operasi pencarian besar-besaran yang dilakukan
Kritikan dari CEO Emirates Airlines
Dalam laporan lain, CEO Emirates Airlines, Sir Tim Clarke melemparkan kritikan terhadap penyiasatan MH370 dengan menyatakan "MH370 dikawal hingga ke hujungnya" dan memberi pendapat bahawa pesawat itu tidak terhempas ke dalam lautan hindi.
Sir Tim Clark
"Pengalaman kami memberitahu yang di dalam kemalangan yang melibatkan air, dimana pesawat itu telah terhempas, akan ada sesuatu (serpihan bangkai pesawat)", katanya. "Kami tidak nampak sebarang bukti yang mengesahkan lokasi pesawat itu berada, melainkan benda yang kononnya dipanggil "electronic satellite handshake" yang mana turut saya persoalkan(kurang percaya)", katanya.
Kritikan Sir Tim Clarke dipandang serius kerana pengalamannya yang luas dalam bidang penerbangan termasuklah dalam mengoperasikan 127 buah pesawat boeing 777. - SiakapKeli.com
Sumber : www.atsb.gov.au, westernjournalism, independent.co.uk
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.