Wanita Maut disangka tidur

MAYAT mangsa ditemui dalam keadaan tersandar.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Maut disangka tidur

Gombak: Seorang wanita ditemui maut dalam keadaan tersandar di kerusi pemandu di kawasan letak kereta Rehat dan Rawat Kundang, Lebuhraya LATAR di sini, pada 3.35 petang hari ini.

Keadaan wanita itu disedari pekerja pembersihan yang sangsi apabila mendapati mengsa masih tidak bergerak di dalam kereta itu selepas 30 minit.
Malah usaha untuk membantu mangsa gagal berikutan pintu kenderaan itu dalam keadaan berkunci.

Susulan itu pekerja terbabit bertindak menghubungi pihak polis serta bomba dan penyelamat bagi menyelamatkan mangsa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang Aminuddin Derani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.44 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati cermin kereta di bahagian belakang kereta mangsa sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Namun beliau enggan mengulas punca kematian mangsa berusia 54 tahun sehingga laporan bedah siasat diperolehi.

15 Oktober 2014 - Bertempat di tempat letak kereta RNR Kundang, Lebuhraya LATAR terdapat seorang mangsa wanita berbangsa melayu terkunci di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia. Mangsa dikeluarkan oleh anggota dari BBP Batu Arang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.