Guru wanita dirompak ditemui mati di kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.

ORANG ramai berkumpul di lokasi kejadian kes seorang guru wanita, Masinah Samadi, 50, (gambar kecil) yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumahnya berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.

Guru wanita dirompak ditemui mati di kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.

RANAU: Seorang guru wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumahnya berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, di sini, pagi tadi.

M
ayat Masinah Samadi, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh suaminya yang pulang dari kerja kira-kira jam 10.35 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu.


"Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini," katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca : Terkini! Kematian guru di Kundasang dipercayai dibunuh kenalan mangsa - PDRM

LAGI : Guru wanita dirompak ditemui mati di kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.