23/10/2014 Bulan ini sahaja, Daerah Penampang sekali lagi dilanda banjir untuk kali ketiga pada tahun ini. Walaupun hujan yang turun tidak berterusan seperti yang berlaku sebelum ini namun tetap berlaku banjir kilat di sini.
Memetik daripada satu sumber di laman sosial facebook menyebut kawasan yang paling terjejas adalah mereka yang tinggal di tepi Sungai Moyog. Ini berikutan air SUNGAI MOYOG yang dikatakan cepat sekali naik .Pihak yang berkenaan digesa supaya dapat melakukan sesuatu demi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat di negeri sabah khususnya di kawasan Penampang dan daerah yang berpotensi dilanda banjir kilat agar dapat merancang dan melaksanakan bantuan yang diperlukan di kawasan tersebut.