'Semua anak kapal selamat tetapi kelaparan' - Leftenan Azri
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bahawa semua anak kapal bot tempur CB204 yang hilang pagi semalam berada dalam keadaan selamat.
"Leftenan Azri Bakar memaklumkan kepada KD Ganas melalui Ch16, bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," katanya menerusi Twitter beliau, sebentar tadi.Terdahulu, Abdul Aziz berkata KD Ganas menerima signal dipercayai daripada CB204 di kawasan Sinar Sakti di perairan pantai barat Sabah pada jam 3 petang tadi.
Semalam, bot tempur jenis CB90 yang dinaiki tujuh anggota TLDM hilang di perairan Pulau Mengalum.
Bot tempur itu, yang diketuai Leftenan Azri Bakar, terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi semalam sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring itu pada jam 11.15 pagi.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Alhamdulillah semuanya dah selamat..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™