Bertahun-tahun Perodua Myvi menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia sebagai kenderaan pertama berikutan dengan size kompaknya yang dilihat sesuai dengan trend masa kini.
Namun, kesemua itu bakal berubah tidak lama lagi selepas pelancaran Proton PCC atau Iriz pada 25 September 2014 ini.
Dimaklumkan, Proton akan mula membuka tempahan bagi model kompak terbarunya bermula hujung minggu ini dan harganya bermula dari sekitar RM45,000.
Wow! Pastinya pemilik Perodua Myvi yang sedia ada dan orang ramai akan terpesona dengan ciri-ciri baru yang ditonjolkan dalam Proton Iriz ini. Jom lihat gambar-gambar dalaman terkini model Proton Iriz di bawah.
Nota Kaki: Nak beli Honda City ke Proton Iriz? Dilema betul..