Menteri Besar Baru Selangor Iskandar Samad Angkat Sumpah Jumaat Ini


Iskandar, Menteri Besar Baru Selangor Angkat Sumpah Jumaat Ini

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Jumaat ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan memberi perkenan untuk melantik Iskandar untuk menerajui kepimpinan negeri bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan  majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya difahamkan, tindakan PKR dan DAP yang engkar titah Sultan itu telah menyebabkan baginda kecewa dan murka. Atas alasan itu, Baginda dikatakan akan melantik salah seorang ADUN dari kalangan PAS bagi menggantikan Khalid dan antara nama yang disebut-sebut ialah YB Iskandar” kata sumber yang tidak ingin didedahkan namanya.

Sekiranya Sultan Selangor berpuas hati, pihak Istana dijangka akan mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan tarikh untuk angkat sumpah.

“Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

“Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor,” kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini. - SuaraTV

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.