BERITA KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM TIDAK BENAR – JPA
PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.
JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Jan 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya.- BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date