Sheila sedang memujuk anaknya, Alisya Sofea setelah dia mendapat tahu bahawa UPSR ditangguhkan |
Selepas mengharungi persaingan dan cabaran demi cabaran serta menewaskan hampir 70 orang pelajar, Alisya Sofea muncul juara dan berjaya merebut peluang ke Amerika Syarikat dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Aeroangkasa sekolahnya.
Namun, setelah pengumuman bahawa semua pelajar Tahun 6 perlu mengulang semula peperiksaaan UPSR bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris pada September 30, ia telah menghancur impian Alisya, pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1), Kuala Lumpur, yang meletakkan harapan tinggi untuk menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat.
Ini kerana, pelajar-pelajar yang terpilih akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 19 September dan hanya akan kembali ke Malaysia pada 29 September, iaitu sehari sahaja sebelum hari peperiksaan ulangan tersebut.
“Saya tahu Alisya betul-betul bekerja keras untuk muncul juara dalam mengejar hasratnya untuk ke Amerika Syarikat tetapi tarikh kepulangan selepas lawatan ke sana tidak begitu sesuai,” kata Sheila Hambali, ibu Alisya yang berumur 41 tahun itu kepada Astro AWANI semalam.
“Perjalanan ke AS akan merangkumi lawatan ke Smithsonian (muzium dan pusat penyelidikan), lawatan ke beberapa buah sekolah rendah dan peserta diperlukan menghadiri sebuah majlis makan malam yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Washington D.C.
MUHAMMAD Syafi Akmal Salleh, 12, menunjukkan jadual waktu peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang dibatalkan . |
“Saya risau (sekiranya) selepas kepulangan, dia mungkin mengalami jet lag atau hilang tumpuan. Dia mungkin juga tidak dapat berseronok ketika lawatan itu kerana risau akan peperiksaan yang perlu didudukinya,” kata Sheila.
Sheila sedang memujuk anaknya, Alisya Sofea setelah dia mendapat tahu bahawa UPSR ditangguhkan
Sheila memujuk anakya Alisya setelah mendapat tahu bahawa UPSR telah ditangguhkan
Lain pula pengalaman Suriati Karina Mohamed Kamal, 37 yang berkata anak sulungnya, Suria Zarina Huesen terus menangis sebaik mendapat tahu bahawa kertas Sains UPSR telah ditunda.
“Saya dan suami saya sepatutnya membawa anak-anak kami ke Melaka pada hujung minggu ini sampai hari Selasa memandangkan cuti panjang sempena Hari Malaysia. Anak-anak kami teringin sangat hendak melawat kandang arnab.Nampaknya perjalanan ke negeri bersejarah itu perlu ditangguhkan.
Suriati Karina (kiri) bersama anaknya Suria Zurina pada hari pertama UPSR pada hari Selasa |
Suriati Karina berkata bahawa pelajar-pelajar Tahun 6 ini sudah menempuh pelbagai rintangan untuk dilalui.
Walau bagaimanapun, ibu yang optimis itu menganggap bahawa terdapat rahmat di sebalik kejadian itu kerana anaknya mempunyai lebih masa untuk membuat persediaan.
“Perkara ini juga dapat memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar untuk bersedia berdepan dengan apa sahaja situasi dan peluang kedua jarang muncul,” kata Suriati Karina, seorang ibu yang bermaustautin di Petaling Jaya