#MH17 8 gambar jurugambar dicederakan oleh ahli keluarga mangsa.
KES TUMBUK JURUGAMBAR
Simpati kepada jurugambar yang ditumbuk oleh ahli keluarga mangsa sehingga patah hidung dan kamera berkecai
Pada pendapat kami, jika benar kamera-man tersebut bersalah dan tidak dibenarkan merakamkan gambar, tegurlah secara berhemah dan secara baik untuk tinggalkan kawasan peringatan Nirvana tersebut.Kita faham emosi dan perasaan keluarga mangsa yang sedih dan tertekan, tapi janganlah menurut perasaan. Tak salah kami.. kamera tu harganya lebih 20 ribu.
Mereka hanya melakukan tugas mencari rezeki.
PENJELASAN DARI AHLI KELUARGA MANGSA NAHAS
Semalam, kekecohan telah berlaku di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur setelah seorang jurugambar NST, Mohd Aizuddin telah ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.
Suthan Mookaiah, seorang kenalan atau ahli keluarga mangsa MH17 yang turut berada di tempat kejadian menjelaskan punca sebenar kenapa kejadian berkenaan berlaku.
Dirigkaskan cerita, Suthan Mookaih berkata kejadian menjadi tegang kerana pihak media seperti tidak memberi ruang yang tertutup kepada ahli keluarga mangsa untuk memberikan penghormatan terakhir dengan sibuk membuat liputan dan mengambil gambar serta mengemaskini status.
Selain itu juga, Suthan juga ada menyebut bahawa media banyak mengganggu ahli keluarga mangsa nahas untuk mendapatkan berita.
Beralih kepada NST walaupun untuk seketika, adakah anda tahu mereka telah berkali-kali mendekati ramai ahli keluarga (termasuk ahli keluarga perempuan yang muda) lebih daripada 1 bulan yang lalu, untuk bercakap tentang perkara-perkara yang mengerikan seperti meminta pengesahan pada gambar bayi mati yang disiarkan dalam talian, keadaan badan, adakah mereka sudah melihat tubuh bahagian / mayat dan soalan klasik 'bagaimana anda merasa tentang perkara ini?' Mungkin anda harus bertanya Aliza Shah dari NST tentang perkara ini. Dia pun menyebut bahawa majikannya mendesaknya untuk terus bertanya tentang semua ini. Tetapi, NST bukan hanya satu-media tempatan yang terus mengganggu mereka dengan soalan benar-benar menakutkan walaupun mereka telah diberitahu untuk tidak mengganggu mana-mana ahli keluarga.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date