Wartawan ini Hanya Menyamar Sebagai Peminta Derma Palestin Selama 30 Minit, Tetapi Kutip RM150! di Malaysia


Wartawan Menyamar Sebagai Peminta Derma Palestin Selama 30 Minit, Kutip RM150

Atas nama tanggungjawab untuk menyiasat kegiatan mengutip derma di Malaysia, seorang wartawan di laman berita Malaysian Digest telah pergi sendiri menyamar sebagai peminta derma untuk mengalami sendiri bagaimana pemurahnya rakyat kita tanpa usul periksa.

Dalam masa satu jam sahaja, beliau berjaya mengutip RM150 daripada mereka yang lalu lalang — tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya memeriksa aktiviti mengutip derma ini.

Hanya membalut poster kanak-kanak Palestin mampu meraih simpati orang ramai


Dalam kira kira ringkas yang beliau tampilkan bersama artikel, selama 30 minit beliau menyamar sebagai peminta derma sebanyak RM150 telah berjaya dikutip dan secara kasar jika peminta derma lain (sama ada sah atau pun sindiket) berdiri disitu selama 8 jam sehari, mereka mampu memperoleh RM2,400 sehari atau RM72,000 sebulan.

Antara gambaran reaksi orang ramai./Pic:mD


Dan itu hanya seorang peminta derma, jika ianya sindiket yang dibantu oleh peminta derma dengan bilangan puluhan orang. Berapa pula jumlah yang berjaya dikutip dari simpati orang ramai.

Persoalan yang lebih penting, adakah jumlah yang yang banyak itu sampai ke tangan yang benar benar memerlukan? Baca kisah penuh dan selanjutnya tentang pengalaman wartawan ini sebagai peminta derma tidak sah di Malaysian Digest.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.