Putrajaya Lokasi Pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)


Keadaan semasa projek PR1MA Putrajaya di Presint 11 - Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang membabitkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik yang sudah dikenal pasti termasik kawasan Putrajaya.

Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 akan dimajukan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dengan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.



PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana dengan keutamaan diberikan kepada pegawai sokongan kerajaan dan pesara.



Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi tetapi untuk projek fasa pertama di Presint 11 ini harga seunit bermula daripada RM120,000.



Bagi mereka yang layak dan berminat untuk memiliki kediaman PR1MA ini bolehlah berdaftar di:

Pejabat Ahli Parlimen PutrajayaNo 56B, Jalan DiplomatikPresint 15,62250 Putrajaya

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.