PETRONAS raih untung bersih RM21 bilion suku kedua tahun 2014


PETRONAS raih untung bersih RM21 bilion suku kedua 2014

KUALA LUMPUR: PETRONAS meraih keuntungan bersih sebanyak RM21 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2014, naik 37 peratus berbanding RM15.3 bilion yang dicatat bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh dikaji, PETRONAS meraih pendapatan berjumlah RM85.4 bilion, meningkat 15 peratus daripada RM74.4 bilion yang diperoleh suku kedua tahun lalu.

Keputusan kewangan suku kedua syarikat minyak nasional itu diumumkan oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas di sini, hari ini.



Hingga 31 Disember 2013, PETRONAS memiliki aset berjumlah RM528.7 bilion, meningkat lapan peratus atau RM39.5 bilion berbanding RM489.2 bilion pada 31 Disember 2012, manakala tunai berjumlah RM140.9 bilion, naik RM1.8 bilion (1.3 peratus) daripada RM139.1 bilion.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.