18 Ogos yang lalu, gerai kecil-kecilan Noor Zariah yang dibuka betul-betul di hadapan rumahnya sendiri telah diserbu oleh pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Menurut Noor Zariah, ini bukanlah kali pertama gerainya diserbu dan dikenakan tindakan oleh MPK. Namun, kali ini dipercayai berpunca dari jirannya yang tidak berpuas hati dan terus membuat aduan kepada MPK.
Dedah Noor Zariah lagi, firasat dia kuat mengatakan jiran yang membuat aduan berkenaan adalah jirannya yang berkerja di Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA).
"Orang sini memang kenal perangai dia, sebab ada kuasa" kata Noor Zariah.
Bagaimanapun, ramai rakan-rakan Facebook menasihati Noor Zariah agar bersabar dan jangan patah semangat untuk berniaga lagi.
Kebanyakan rakan-rakan Facebook mangsa tidak menyalahkan tindakan pegawai MPK, kerana mereka hanya menjalankan tugas berdasarkan aduan orang awam. Namun, yang menjadi persoalannya ialah kenapa peniaga kecil-kecilan orang tempatan terutamanya bangsa melayu diserbu/disita berbanding dengan rumah urut, kedai-kedai yang sah-sah tak ada lesen berniaga dibiarkan beroperasi?
Apalah sangat keuntungan menjual nasi lemak sehari. Bukannya mampu kaut sampai RM3,000 dalam satu pagi. MPK terlalu 'lapang' sangat sampai sanggup ambil kes-kes kecil seperti ini berbanding dengan kes-kes besar yang melibatkan perniagaan orang cina. Ini realiti. Bukan rasis.. - My Media Hub
#Nota Kaki: Amatlah malang jika mempunyai jiran yang berhasad dengki seperti itu.