Beberapa Jalan Dinaiki Air, Warga UMS Diingat Memandu Berhati-hati

Banjir di hadapan 1Borneo KK menuju persimpangan UMS & KK . Kesesakan Lalu lintas berlaku ketika ini jalan menuju ke pusat bandar.

Beberapa Jalan Dinaiki Air, Warga UMS Diingat Memandu Berhati-hati

RABU, 27 OGOS - Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui jalan-jalan utama sekitar kampus UMS ekoran hujan lebat yang melanda sejak pukul 1.00 tengahari tadi.

Tinjauan krew Media Canselori setakat jam 4.30 petang mendapati jalan-jalan berkenaan agak licin dan terdapat beberapa kawasan yang telah dinaiki air.

Di Jalan UMS, pergerakan trafik lancar di kedua-dua lorong namun jarak penglihatan terhad memaksa setiap pengguna jalan raya menyalakan lampu utama kenderaan masing-masing.

Laluan di Jalan Sulaman pula hanya dibuka kepada satu lorong menuju ke Indah Permai memandangkan lorong menuju ke UMS dari arah bertentangan dinaiki air.




 Namun, mereka yang ingin menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan tersebut boleh menggunakan jalan alternatif menerusi laluan Alam Mesra.

Sehubungan itu, warga UMS dingatkan agar sentiasa memandu cermat dengan mematuhi arahan polis trafik yang ditugaskan mengawal kawasan yang mengalami kesesakan dan dilanda banjir. -SS

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.