Pesawat AirAsia tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Gambar pesawat AirAsia yang dikatakan tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
(📸 ©mstar.com.my)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pesawat AirAsia tergelincir dari landasan semasa mendarat.

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi.

Memetik laporan sebuah portal, kejadian tersebut telah disahkan oleh AirAsia.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pesawat AirAsia tergelincir dari landasan semasa mendarat.
(📸 ©mstar.com.my)
Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, insiden membabitkan Penerbangan AK 278 kira-kira 4 petang dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Menurut kenyataan itu lagi,  semua penumpang dan kru pesawat berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Semasa kejadian terdapat seramai 102 penumpang dan tujuh kru di dalam pesawat

AirAsia menambah, kakitangannya di lapangan terbang tersebut sedang melakukan apa yang perlu bagi membantu semua penumpang terlibat.

Pada masa sama, pihaknya turut bekerja sama dengan semua pihak berkuasa bagi mengenalpasti apakan punca kejadian berkenaan.

AirAsia juga akan memaklumkan maklumat terkini mengenai kejadian berkenaan jika perlu.

SOURCE: mstar.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.