MAS tawar diskaun tambang sehingga 50 peratus


MAS tawar diskaun sehingga 50 peratus di pameran perjalanan

KUALA LUMPUR: Promosi Pameran Perjalanan Malaysia Airlines (MATF) tahun ini menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus ke destinasi antarabangsa dan domestik.


Promosi MATF adalah dari 15 Mei hingga 24 Mei dengan tempoh penerbangan dari 18 Mei hingga 31 Disember 2014.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohammad berkata promosi itu menjamin penumpang menerima yang terbaik, bukan sahaja bagi perkhidmatan, malah penjimatan apabila menempah tiket pelancongan mereka.

"Pameran ini menawarkan tambang termasuk semua, yang terbaik untuk anda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk kelas ekonomi, penumpang MAS boleh terbang pergi-balik ke London daripada RM2,699, selain Frankfurt daripada RM2,799. Destinasi ke selatan pula daripada RM1,999 pergi-balik ke Sydney dan RM1,099 ke Perth.

Destinasi seperti Chennai, Delhi atau Kochi di India ditawarkan daripada RM799 untuk tiket pergi-balik.

Sementara itu, penumpang boleh membeli tiket penerbangan kelas perniagaan pergi-balik ke destinasi Eropah daripada RM11,999, RM6,249 ke Sydney, dan RM3,099 ke Chennai.
Antara destinasi dalam negara, MAS menawarkan tambang RM170 pergi-balik ke Pulau Pinang dan daripada RM240 ke Kuching.

Semua harga termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans dan surcaj minyak. .
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.