PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama melambai tangan sebelum berangkat ke Manila menaiki pesawat 'Air Force One' di Lapangan Terbang TUDM Subang, hari ini bagi meneruskan lawatan kerja ke Asia.
Obama akhiri lawatan ke Malaysia, berlepas ke Manila.
SUBANG: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dengan pesawat Air Force One yang membawanya berlepas ke Manila, Filipina jam 10.20 pagi ini dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Lawatan obama melakar sejarah dalam tempoh 50 tahun selepas lawatan pertama oleh Presiden Lyndon B. Johnson.Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
AS juga berjanji untuk terus membantu Malaysia dalam operasi dan penyiasatan untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Presiden juga menghadiri jamuan negara bersama-sama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara beberapa jam selepas tiba di negara ini kelmarin. - BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags