Sadis! Budak Sekolah Rendah Tertusuk Besi di Mulut


Sadis! Budak Sekolah Rendah Tertusuk Besi di Mulut.

Kes berlaku d Sekolah Kebangsaan Sacred Heart Kota Kinabalu, dimana budak ini dikatakan berlari ke arah kereta yang mengambilnya.

Amat malang sekali bila adik yang 'excited' untuk balik  ini telah silap terpijak besi yang menutup parit yang telah rosak. Kasihan melihat keadaan adik malang ni.


Tak tertahan melihat kesakitan yang dirasai adik diatas. Semoga dia cepat sembuh.

Anggota BOMBA sedang menyelamatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya.

Jadi,sesiapa yang bersalah dalam hal ni? Kenapa tidak ada tindakan pembaikan maintenance di area kejadian sehingga terjadi kejadian di atas ini.

Moga tiada kejadian sadis seumpama begini berlaku lagi.

Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart.Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalnan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Berikut Merupakan laporan dari saksi Kejadian : Kjadian hr ini plajar sacred heart. bdk ni bkn kategori nakal. Good boy jg. Kjadian brlaku dlm jam 1ptg, semua tgah tggu bas/ibapa ambil. Bdk ni kbetuln brlari.. trpijak hujg besi, besi lurus ke atas n bdk trjatuh terus trcucuk mulut..kbetulan bapa dia smpi. Pihak bomba n polis segera dhubungi, pgrh jg dtg selepas tu. Murid d angkat n dhtr ke hosp likas dgn besi yg msh trcucuk brsama gb n pgrh. Sekian berita dr org kk.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.