Rumah Karpal sesak,Guan Eng menangis kesedihan.
GEORGETOWN: Orang ramai termasuk pemimpin politik kini memenuhi pekarangan rumah bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh untuk menunggu ketibaan mayat mendiang di kediamannya.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak dapat menyembunyikan kesedihan hadir ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai, merupakan beberapa pemimpin yang tiba di rumah mendiang sejak jam 2.30 petang tadi.
|
Samy Vellu memberi penghormatan terakhir kepada bekas pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh |
|
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi perhormatan terakhir kepada mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang. |
|
TPM Sempat Ziarah Mendiang Karpal Singh Di Pulau Pinang Sebentar Tadi
|
Difahamkan, kediaman mendiang di Jalan Utama, Kebun Bunga, di sini mula dikunjungi orang ramai sejak pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
|
KUALA LUMPUR- Najib Razak yang dalam rangka lawatan kerja ke Turki sempat memuatnaik ucapan takziah didalam akaun Twitter beliau kepada keluarga Karpal Singh sejurus sahaja beliau tiba di Ankara,Turki. |