MITI Belanja RM1 Juta Bagi Bengkel Transformasi Usahawan 2014 Di Sabah


Menurut Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, inisiatif oleh Institut Automotif Malaysia (IAM) itu sudah pun bermula dengan 90 usahawan menyertai bengkel automotif, dan mereka akan menerima sijil tamat latihan fasa pertama Sabtu.

Kota Kinabalu – Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi inisiatif terbaru, Bengkel Transformasi Usahawan (BTU), yang dianjurkan di seluruh Sabah untuk membantu usahawan meningkatkan hasil mereka.


“Fasa kedua akan bermula minggu depan,” katanya pada satu sidang akhbar selepas merasmikan Program Bantuan Pembangunan Keusahawanan selama sehari di sini Sabtu.

Projek itu bertujuan menggandakan margin keuntungan usahawan dalam masa setahun dan untuk mewujudkan peluang perniagaan baharu dalam sektor automotif.

Lebih daripada 250 peserta yang terdiri daripada anggota persatuan keusahawanan Sabah, koperasi, dewan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan di samping wakil daripada agensi persekutuan dan negeri terlibat dalam program itu.

Sementara itu, MITI telah menambah peruntukannya bagi Sabah untuk menaikkan taraf kawasan perindustrian yang ada, untuk membantu Sabah sebagai satu destinasi pelaburan.

Kementerian itu akan menambah peruntukan itu kepada RM4.4 juta tahun ini daripada RM4 juta tahun lalu..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.