'Mama tahu saya kuat kan' - Huguan Isaac

Besi tertusuk dalam mulut budak 10 tahun

'Mama tahu saya kuat kan' - Huguan Isaac

"Lain kali mama (ibu) jangan nangis lagi, mama tahu saya kuat kan, ” kata Huguan Isaac, 10, murid Tahun Empat yang pipinya tertusuk besi penutup parit sepanjang satu meter kepada ibunya.

K
ata-kata itu diungkapkan murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart di sini, sebaik sedar selepas menjalani pembedahan apabila melihat ibunya menitiskan air mata, pagi semalam.

Huguan yang masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, kelihatan lemah dengan kesan luka di bawah bibir serta pipi kanannya bengkak, namun masih mampu bercakap.

Ketika ditemui di wad kanak-kanak hospital itu, ibu Huguan, 40-an, yang enggan namanya disiarkan berkata, sebaik anak bongsu daripada dua beradik itu terjaga selepas semalaman tidur susulan pembedahan mengeluarkan besi berkenaan, beliau menangis sebelum berkata kepada anaknya: “Kau tahu mama menangis sangat teruk.”

LONGKANG tanpa penutup yang menunggu mangsa di sekitar Penampang.
Wanita itu berkata, melihat keadaan itu, anaknya memujuk supaya tidak lagi menangis kerana beliau seorang yang kuat.

HUGUAN Isaac Leinus pernah mengalami mimpi ngeri apabila batang besi penutup longkang menembusi pipinya dua tahun lalu.
“Huguan tidak menangis sejak kejadian itu semalam (kelmarin). Sejak dulu, beliau memang jarang menangis... ibu mana yang tidak sedih melihat keadaannya, ” katanya.

ANGGOTA bomba menenangkan Huguan yang ditusuk besi penutup longkang pada 2014.
Difahamkan, Huguan yang menerima 10 jahitan di pipi belum dibenarkan keluar hospital kerana masih dalam pemantauan rapi oleh doktor.

Semangat Huguan dikagumi Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni melawat Huguan di kediaman kanak-kanak itu di Penampang.

Semangat Huguan dikagumi


Pembedahan bagi mengeluarkan batang besi yang tertusuk di pipi Huguan Isaac, 10, dianggap luar biasa walaupun melalui prosedur ringkas kerana ia kes pertama seumpamanya di Sabah.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr Tan Bee Hwai, berkata pembedahan mengeluarkan batang besi sepanjang satu meter itu tidak rumit, kerana ia tidak menembusi atau mengenai bahagian sensitif kanak-kanak terbabit.
“Pembedahan selama 35 minit itu dikendalikan oleh pakar bedah dengan hanya menggunakan prosedur biasa serta ringkas kerana besi berkenaan tidak terkena atau memberi kesan kepada bahagian sensitif kanak-kanak terbabit.

“Cuma kami menganggap kes ini luar biasa kerana kali pertama membabitkan kanak-kanak serta mengagumi semangat kental Huguan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Bee Hwai berkata, Huguan sudah dibenarkan pulang pagi semalam selepas keadaannya bertambah baik serta tiada sebarang komplikasi.

Dalam kejadian di luar kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, di sini, jam 12.40 tengah hari Isnin lalu, Huguan tertusuk batang besi penutup longkang selepas dikatakan terpijak hujung batang besi itu sebelum melantun dan menembusi pipinya.

Huguan Isaac ketika tercucuk besi penutup longkang dekat sekolahnya pada 21 April 2014.
Murid Tahun Empat itu yang tidak menangis, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) sebelum dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Periksa luar kawasan sekolah

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) di seluruh negeri membuat pemeriksaan menyeluruh termasuk di luar kawasan sekolah yang menjadi tumpuan murid atau pelajar.

HUGUAN terpaksa menjalani pembedahan dua jam mengeluarkan batang besi yang menembusi pipinya.
Katanya, ia penting bagi memastikan semua langkah perlu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa murid seperti yang berlaku ke atas Huguan.

LONGKANG tanpa penutup yang menunggu mangsa di sekitar Penampang.- Foto Malai Rosmah Tuah
“Setiap sekolah sudah ada jawatankuasa ini, namun saya mengarahkan mereka lebih prihatin dengan membuat pemeriksaan menyeluruh.

KEADAAN jeriji penutup longkang di kaki lima sekitar Penampang berbahaya.

“Ini khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan murid dan pelajar termasuk perhentian bas.

“Saya juga minta jawatankuasa ini sentiasa menjalinkan hubungan rapat dengan majlis daerah bagi memastikan kawasan luar sekolah sentiasa selamat kepada murid serta guru dan kakitangan sekolah,” katanya.

HUGUAN Isaac Leinus yang kini pulih sepenuhnya bersama ibunya Esther Samuel

Ingauan anak tertusuk besi penutup longkang


Dua insiden jeriji penutup longkang yang bertukar menjadi "perangkap" kepada orang ramai mengingatkan Esther Samuel mengenai tragedi muka anaknya tertusuk besi sama dua tahun lalu.

Ester berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) tertentu akan memeriksa besi penutup longkang di kawasan masing-masing selepas kejadian terhadap anaknya, Huguan Isaac Leinus, 12 itu.

"Kes baru-baru ini sama seperti anak saya, keadaan besi penutup longkang itu seperti ketat rupanya longgar.

"Apabila kita terpijak baru tahu keadaan sebenar. Paling baik sentiasa melakukan pemantauan agar tidak berulang kerana kadang-kala pejalan kali tidak sedar keadaan besi itu tidak selamat," katanya.

Mengimbau kejadian pada 21 April 2014 itu, Esther berkata dia hampir pengsan selepas melihat keadaan anaknya dengan besi penutup longkang yang tercocok di pipinya.

"Kaki saya seperti tidak boleh berjalan, lemah. Sepanjang perjalanan ke hospital, saya hanya menangis dan memikirkan bagaimana pipinya boleh tertusuk besi.

"Malah, saya tidak pandang pun mukanya yang tertusuk besi itu kerana tidak sanggup. Namun, saya tetap berinya semangat dan minta dia sentiasa berdoa," kata suri rumah itu

Huguan, kini murid Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, di sini, tertusuk batang besi penutup longkang selepas dikatakan terpijak hujung batang besi itu sebelum melantun dan menembusi pipinya.

Gambar Huguan tertusuk batang besi yang mengerikan itu kemudian tersebar menerusi laman sosial dan WhatsApp, namun dia tidak menangis walaupun menahan kesakitan.

Esther Samuel berharap PBT memantau keadaan jeriji penutup longkang supaya tidak berbahaya kepada orang ramai.

"Kejadian itu (tertusuk besi) adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Jika teringat kembali, saya sendiri tak sangka boleh sekuat itu kerana langsung tidak menangis.

"Sehinggakan ketika kembali ke sekolah seminggu selepas kejadian, rakan hairan kenapa saya tak menangis, ada yang simpati namun ramai memuji kerana saya kuat (menahan kesakitan)," katanya

Menceritakan semula detik cemas itu, Huguan yang menerima 10 jahitan susulan kejadian terbabit berkata, dia bersama dua rakan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas sekolah sebelum dia terpijak besi penutup longkang.

"Saya tidak berlari atau bermain di kawasan itu, kejadian berlaku dengan pantas, tiba-tiba saja saya rasa besi penutup longkang itu masuk dalam mulut. Saya mahu menariknya keluar tetapi tak berani kerana takut pipi terkoyak.

"Jadi saya hanya duduk tunggu bantuan sementara dua rakan lari masuk ke sekolah untuk beritahu cikgu. Pengawal keselamatan sekolah turut minta saya sabar dan jangan menangis sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) oleh seorang pakcik.

"Saya hanya rasa ada besi di muka selepas pipi terasa seperti tertarik ke atas. Saya perasan hanya ada satu titik darah di baju," kata anak kedua daripada dua beradik itu yang aktif dalam Pengakap dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak.

Pembedahan mengeluarkan besi berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam dan sehingga kini masih ada sedikit kesan jahitan di bawah tulang pipi kanannya.

Isu bahaya besi penutup longkang menjadi perhatian selepas dua pejalan kaki menjadi mangsa apabila kaki mereka terperosok, 8 April lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.