Luahan pelajar UM mengenai Sambutan Kehadiran Barrack Obama di Universiti Malaya


KERAJAAN DAN PENGURUSAN UNIVERSITI TIDAK WARAS.- Luahan Ini dari salah seorang mahasiswa UM.

Bagaimana pula bangunan ditutup, jalan ditutup hanya kerana keselamatan Obama. Memang dia datang tengok bangunan tak ada orang hehehe.

Pelbagai persediaan dan langkah keselamatan telah diambil oleh pihak kerajaan dan pengurusan Universiti Malaya untuk menyambut kehadiran Presiden US ke Malaysia pada hujung minggu ini.

Mengapa saya katakan kedua pihak ini tidak waras adalah kerana pengumuman "pra-darurat" yang telah dikeluarkan baru-baru ini sangat mengejutkan dan sangat tidak rasional.

Taraf keselamatan di semua tempat yang akan dilawati oleh Obama itu penting tetapi untuk menutup kawasan itu daripada dihadiri oleh orang awam adalah tidak masuk akal.

Ironinya, adakah Obama hadir ke Malaysia untuk melihat bangunan-bangunan yang tertutup, ibu kota yang tidak berpenghuni, dan kampus yang tiada kehidupan? Menjengkelkan apabila mengetahui pengumuman pembatalan segala aktiviti mahasiswa dan penutupan dua pagar utama di UM pada hari Ahad ini.

Apa maknanya menjadi menara gading yang ternama di dunia jika penghuninya digari di bingkai pintu bilik? Biarkan sahaja program mahasiswa berjalan seperti biasa dan biarkan Obama melihat keindahan usrah di padang varsiti sejurus masuk dari pintu utama varsiti terulung ini nanti.

Siapa tahu Barrack Hussein Obama ini akan ber'Bin'kan Abdullah kelak?

Ikhlas,
Muhamad Aiman Taslim
Mahasiswa Marhaen Yang Mahu Beraktiviti

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.