Ibu sudah gila tinggalkan anak tidur dalam kereta dan dilarikan orang lain


Ibu cemas anak tidur dalam kereta dilarikan

KOTA KINABALU: Seorang ibu cemas apabila anaknya berusia lapan tahun yang tidur dalam kereta, dilarikan bersama Toyota Vios miliknya di hadapan sebuah sekolah di sini, pagi tadi.


Kenderaan bersama kanak-kanak berusia 8 tahun yang dilarikan dihadapan sebuah sekolah di Likas ditemui selamat dalam kenderaan ibunya di Asia City Kota Kinabalu pagi tadi

Bagaimanapun, kanak-kanak itu ditemui selamat dalam kereta berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan di Asia City, dekat sini, tidak lama kemudian.

Difahamkan, ketika kejadian wanita terbabit meninggalkan anaknya sendirian dalam kereta untuk membeli makanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. .

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.