Feri Karam: PM Korea Selatan letak jawatan
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won sebentar tadi menguumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.
“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.
Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya.
“Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragegi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.


