Barack Obama diberi sambutan negara di Parlimen


Barack Obama diberi sambutan negara di Parlimen

KUALA LUMPUR 26 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tiba hari ini untuk lawatan julung kalinya ke Malaysia diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen hari ini.

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalon Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari ketika sambutan rasmi negara di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur.



























Ketibaan Obama pada pukul 5.40 petang disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.




Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama diberi sambutan rasmi negara sejurus tiba di Dataran Parlimen pada jam 5.40 petang tadi. Ketibaan beliau disambut Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 
Sejurus ketibaan beliau di Parlimen yang berserta 36 buah kenderaan pengiring, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das. - UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.