Tragedi MH370: Inmarsat, AAIB temui bukti kukuh

Tragedi MH370: Inmarsat, AAIB temui bukti kukuh

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, terdapat beberapa bukti kukuh yang boleh mengesahkan dakwaan MH370 hilang di Laut Hindi.

Menurutnya, bukti tersebut telah diperoleh dan dianalisis oleh Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan Inmarsa.


"Antara bukti yang boleh dipercayai ialah data yang mengesan lokasi terakhir pesawat MMH370, iaitu di Laut Hindi, selain itu, tidak ada lapangan terbang berdekatan dengan lokasi terbabit.

"Lokasi kawasan tersebut amat luas....  dan peluang bagi penumpang untuk bertahan di atas permukaan air agak tipis," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pasukan penyiasat sedang bekerjasama erat dengan pasukan pencarian bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung dengan kenyataan pesawat hilang di Laut Hindi 8 Mac lalu.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, kami menunggu maklumat terbaru untuk disalurkan kepada media serta keluarga penumpang dan krew MH370," katanya

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.