Siling Hotel Concorde runtuh


Siling hotel runtuh

Shah Alam: Kakitangan Hotel Concorde berdepan detik mencemaskan apabila siling di bahagian lobi hotel berkenaan yang sedang diubahsuai runtuh secara tiba-tiba.

Jurucakap Hotel Concorde ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penghuni hotel tidak berada di sekitar kawasan lobi ketika kejadian berlaku.

"Kami sudah menutup kawasan berkenaan dan kakitangan hotel sudahpun membersihkan kawasan terbabit sejurus kejadian," katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu kawasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan dan ia akan dibuka semula sejurus pengubahsuain selesai dijalankan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.