Satelit China kesan objek terapung di koridor selatan - Hishammuddin



PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan nota dari Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang berkenaan petunjuk baharu objek terapung sebesar 22x30 meter yang dikesan satelit China di koridor selatan Lautan Hindi ketika sidang media pesawat MH370 hilang di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

SEPANG: Satelit China kesan objek terapung sebesar 22x30 meter di koridor selatan Lautan Hindi, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Berita yang baru saya terima daripada Duta Besar China bahawa satelit negara itu kesan objek terapung di koridor selatan dan aset mereka sedang bergerak ke sana," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu pada sidang media, sebentar tadi.


Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lebih terpecinci namun kerajaan China akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.