Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - PM PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media khas MH370 di PWTC sebentar tadi.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
