Penerbangan MAS sedih TERPAKSA anggap MH370 berakhir di Lautan Hindi


MAS sedih terpaksa anggap MH370 berakhir di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) malam ini menyatakan kesedihan kerana terpaksa menganggap penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berakhir di selatan Lautan Hindi.


Dalam kenyataan yang dikongsi bersama keluarga dan waris penumpang serta anak kapal MH370, ia mendoakan semua insan tersayang 226 penumpang dan 13 rakan setugas dalam saat yang menyedihkan kini.

"Kami tahu tiada kata-kata yang kami atau sesiapa jua dapat ucapkan yang dapat meringankan kedukaan anda," menurut kenyataan itu.

MAS juga memberi jaminan akan terus menghulur segala sokongan dan bantuan kepada waris penumpang dan anak kapal.

"Sekali lagi kami dengan rendah diri mengucapkan takziah kepada semua yang terbabit dalam tragedi ini," katanya. .

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.