Astro Awani ajukan persoalan, apakah fokus kini tertumpu kepada 20 penumpang yang merupakan kakitangan syarikat semi-konduktor Freescale yang berpusat di Austin, Texas?
Di Malaysia, Freescale terletak di Petaling Jaya dengan fasiliti semi-konduktor moden bagi memasang dan menguji litar bersepadu (IC).
Berdasarkan maklumat diperolehi dari laman web Freescale, meliputi kawasan seluas 20 ekar, ia dikhususkan bagi memasang dan menguji mikropemproses, pemproses isyarat digital dan litar bersepadu frekuensi radio dan telah memulakan operasi sejak 1972.
Mengikut laporan Reuters, 20 kakitangan Freescale itu terdiri daripada 'jurutera dan pakar terlibat untuk melaras serta mengurangkan kos di kemudahan utama mereka yang terletak di China.'
Freescale beroperasi di lebih 20 negara meliputi 18,000 kakitangan antaranya di Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Israel dan Russia.
Ia juga memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian terhadap keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui www.freescale.com/RFmilitary
Produk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti:
1. Komunikasi medan perang
2. Avionik
3. Radar HF melalui Band L- dan S-
4. Pemandu Misil (Missile Guidance)
5. Peperangan Elektronik (Electronic Warfare)
6. Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF)
Pembangunan sektor ini menurut laman web Freescale bagaimanapun hanya tertumpu di kemudahan syarikat ini di Amerika Syarikat.
Apakah ia berkaitan dengan kehadiran penumpang dari Freescale ini? Ini hanyalah satu teori namun sebagaimana dinyatakan pihak berkuasa, mereka turut melihat profil kesemua 239 penumpang dan krew yang menaiki pesawat malang ini.
20 kakitangan Freescale dalam pesawat tersebut terdiri daripada 12 kakitangan Freescale di China yang datang ke Kuala Lumpur bersama 8 kakitangan dari cawangan di Petaling Jaya.
Menurut sumber yang enggan dikenali, kesemua kakitangan terbang ke Beijing untuk menerima latihan satu sistem baru untuk pembangunan semi-konduktor, lapor Astro Awani.