KPMG Mula lancar Kit GST bantu Peniaga PKS

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KPMG lancar Kit GST bantu PKS .
(📸 ©KPMG )
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

KPMG Malaysia telah melancarkan 'Kit GST' atau kit cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Dengan pelaksanaan CBP dalam masa kira-kira 12 bulan lagi, perniagaan terutamanya PKS perlu membuat persediaan awal untuk mematuhi CBP kerana pelaksanaannya akan memberi kesan kepada sistem, proses dan masyarakat secara umum," demikian menurut firma itu dalam satu kenyataan akhbar.
 
Firma audit, cukai dan penasihat itu berkata 'Kit GST' KPMG dan ahli  profesionalnya menumpukan usaha untuk membantu PKS mengenal pasti bidang impak dan jurang akibat daripada CBP, serta membantu PKS dalam membuat persediaan untuk menghadapi pelaksanaannya.


"Tidak seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang hanya dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, CBP adalah cukai penggunaan meluas yang akan dikenakan pada setiap peringkat dalam rantaian bekalan sehingga barangan atau perkhidmatan sampai ke pengguna akhir," tambahnya. - Bernama

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.