Ini Dia Imej GAMBAR Satelit Dipercayai Sayap #MH370.


Bahagian sayap.


Mereka kenalpasti objek tersebut pada 16 March. Selepas itu mereka lakukan analisis lanjut. Setelah lakukan analisis yang mendalam baru la pakar analisis imej satelit serahkan maklumat tersebut kepada pihak Maritim Australia. Makan masa berhari2.

Sekarang dah 21/3.

5 hari dah berlalu.

Laut bukan macam darat beb. Air bergerak. Mungkin pada 16/3 dia ada kat situ. Tetapi selepas 16/3 dia tak berada di situ lagi.

Menurut pandangan pakar yang menyelidik imej tersebut, mereka mengangarkan bahawa salah satu imej satelit tersebut adalah merujuk kepada bahagian sayap pesawat. Mereka ada ukur size dan bila dibandingkan dengan sayap MH370 ia agak 'tally' dari segi size.

Berikut kat bawah adalah imej yang dikongsikan oleh agensi pertahanan dari Australia.




Lihat ;



Untuk rekod yang buat annoucement mengenai perkembangan terbaru #MH370 ialah PM Australia sendiri. Buat kat dalam sidang parlimen. Di hadapan semua wakil rakyatnya yang berbilang idelogi politik.

Di Malaysia kerajaan kita sempat lagi memisah2kan sentimen ingin tahu rakyat berdasarkan blok politik dengan menafikan hak ahli parlimen pembangkang mengenai perkembangan insiden MH370.

Apapun tak boleh.


Lagi satu.

Oleh kerana yang buat pengumuman tu ialah PM Australia dan juga wakil tertinggi agensi pertahanan dari negara itu berkemungkinan besar maklumat ini sangat penting dan ia telah melalui beberapa pengesahan sebelum didedahkan kepada umum.

Dalam waktu yang sama juga pihak Australia
mengingatkan bahawa objek ini tidak semestinya ada kaitan dengan MH370 dan sangat sukar untuk locate dia semula (kerana air bergerak) namun sebarang maklumat tidak boleh diabaikan.

Dalam masa beberapa jam kita akan dimaklumkan samada ia benar2 ada kaitan dengan MH370 ataupun sebaliknya.

Sabar menanti. Rasanya ahli2 keluarga mangsa sedang memasang harapan selepas mendapat berita ini. Mudah2an semua ditemui.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.