Bersemadi Nya Leftenan Wahi DiLautan Luas Bersama Skyhawk Tentera Udara.
Bersemadi Nya Leftenan Wahi DiLautan Luas Bersama Skyhawk Tentera Udara.
Negara digemparkan oleh kehilangan pesawat aset MAS Boeing 777 yang dipandu oleh seorang juruterbang yang sudah pun mencecah flying hour puluhan ribu, dalam ertikata lain pilot yang amat berpengalaman.
Pada tahun 1988, sebuah pesawat Skyhawk A4 PTM yang dipandu oleh Lt Wahi Anuar bin Mat Amin, telah berlepas dari Pangkalan TUDM menuju ke Pangkalan TUDM Labuan, namun penerbangan itu dianggap penerbangan yang tidak pernah sampai kepada tujuan nya.
Wira udara ini lenyap dan hilang selama lama nya di laut cina Selatan,
Sehingga ke hari ini pesawat dan juruterbang yang malang itu, tidak dapat dikesan. Kejadian yang telah berlaku hampir 26 tahun yang lalu. Bangkai atau pun cebisan pesawat juga tidak dapat dikesan.
Pada tahun 1996, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Lt Wahi dianggap telah meninggal dunia secara rasmi.
Mulai dari beberapa kes ini , kerajaan mengambil tindakan menaikan taraf aset pertahanan dan ketenteraan. Itu pun masih ada ganguan dari rakyat yang condong membangkang yang tidak menghargai nyawa anggota tentera.
Para keluarga dari kalangan mereka yang turut hilang bersama pesawat MH370 harus lah mencontohi keluarga Lt Wahi. Bersabar dan bersedia menerima apa apa berita yang bakal datang nanti.
Pihak kerajaan tidak sama dengan facebooker dan pen”tweet” yang dengan rasa tiada tanggung jawap boleh menyampai kan apa apa berita dan “aku dengar itu dan ini”.
Kerajaan terpaksa saring semua maklumat kerana apa yang disampaikan mesti “hold water”kata orang putih, yakni kalis soalan. Bukan untuk menyampai kan yang cepat , tapi lebih utamakan yang tepat.
Kepada Lt Wahi , Al-Fatiha untuk mu wira.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags