Gambar Kanak2 Filipina 12 tahun maut jadi kedi di Keningau Sabah


Budak Perempuan 12 Tahun Maut Terkena Bola Golf Di Tengkuk

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.

“Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.

“Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang menyiasat kematian seorang kedi kanak-kanak yang dipercayai meninggal dunia selepas terkena bola golf di Kelab Golf Keningau dekat sini Jumaat lalu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, siasatan ke atas kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja.


“Kita ingin mengetahui bagaimana kanak-kanak bawah umur ini boleh diterima bekerja sebagai kedi dan kemudiannya meninggal dunia selepas insiden itu.

“Pegawai JKM juga akan bertemu ibu bapa gadis berkenaan bagi mengetahui cerita sebenar dalam membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, mangsa, Alminda Jalimin yang dikatakan berdiri kira-kira enam meter daripada seorang pemain tiba-tiba terkena bola golf ketika bertugas di kelab berkenaan kira-kira pukul 2.40 petang. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.