1 Februari 2014 jam 7.35 petang, berlaku gegaran gempa 4.8 pada skala Richter di Pekan Ranau, Sabah.
Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam waktu Malaysia.
J
abatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian umum sehinggakan ada yang berkongsi maklumat keadaan tempat masing-masing menerusi laman sosial mereka.
Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan dan kecederaan dilaporkan ekoran daripada gempa bumi tersebut.
Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di laman sosial rasmi Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, klik pautan https://www.facebook.com/malaysiamet
Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.
Maklumat awal tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 7.78 petang 1/2/2014 semalam. Antara daerah yang turut merasakan gegaran kecil itu adalah Ranau, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian umum sehinggakan ada yang berkongsi maklumat keadaan tempat masing-masing menerusi laman sosial mereka.
Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan dan kecederaan dilaporkan ekoran daripada gempa bumi tersebut.
Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di laman sosial rasmi Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, klik pautan https://www.facebook.com/malaysiamet
Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.
"Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat.
"Setakat ini, pihak polis daerah tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam mengenai gegaran itu," katanya.
Tags