Anggota polis dipaksa untuk makan 15 biji burger di Jepun


http://bit.ly/1hV5O6l

http://bit.ly/1hV5O6l
Seorang sarjan polis meletak jawatan selepas ditegur kerana memaksa anggota bawahannya memakan 15 biji burger pada satu masa bertujuan ‘menguatkan mereka.’


Sarjan trafik yang namanya tidak didedahkan itu berusia 40 tahun meletak jawatan selepas kejadian di barat Osaka, 25 Disember lalu, lapor akhbar Yomiuri Shimbun.

Beliau berulang kali mengarahkan empat anggota muda bawahannya, mengambil hidangan di dalam jumlah yang banyak seperti 15 biji burger, 15 donat, empat cawan besar mi goreng segera atau tiga hingga empat liter susu berperisa kopi, kata laporan terbabit.

“Selepas mendapati mereka tidak bekerja kuat, saya mengeluarkan arahan ini bertujuan menguatkan mereka,” kata sarjan terbabit yang dipetik dalam siasatan ibu pejabat polis Osaka.




Anggota muda bawahan terbabit berusia 20-an dan 30-an dan ditempatkan di dua balai polis dipaksa untuk menelan makanan terbabit ketika sarjan berkenaan melawat tempat kerja mereka sebanyak 10 kali sejak awal 2010, kata laporan itu.

Beliau arahkan anggota berkenaan membeli makanan dan minuman sendiri menggunakan duit poket mereka dan memakannya dalam ‘koban’ (pondok polis) yang sempit dengan beliau menyaksikan sendiri.

Seorang pegawai akhbar di balai polis itu tidak dapat mengesahkan laporan terbabit.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.