Ikan Matahari Gergasi terdampar di pantai Kg Forest Sandakan
Menerusi kiriman emel, gempar dengan penemuan ikan bersaiz besar yang telah mendarat di Kampung Forest Sandakan Sabah sejak beberapa hari yang lalu.
Penemuan tersebut turut dikongsikan menerusi laman sosial dan menarik perhatian umum.Untuk pengetahuan anda, spesis ikan ini dikenali sebagai ikan Matahari berikutan saiznya yang bujur atau bulat dan mempunyai bersaiz yang lebih besar dari seorang lelaki dewasa.
Gempar penduduk kampung disini apabila menemui seekor ikan pelik terdampar di Kg Forest Sandakan, Sabah. Namun, sebenarnya spesis ikan itu juga dinamakan ikan "Mola-mola" tergolong dalam kategori 'bony fish' yang paling berat di dunia.
Berat ikan mola-moal dewasa dianggarkan sekitar 1000 kg. Diet utamanya ialah obor-obor.
Hidup diperairan laut tropika.
Sebagaimana ikan buntal, ikan ini juga menjadi hidangan yang istimewa di negara Jepun, Korea Dan Taiwan.
Gempar Ikan Matahari kini mendarat di Sandakan, Sabah
Siapa masih ingat kejadian pelik ribuan ikan tamban mendarat di Kampung Tambisan, Lahad Datu, dua minggu lepas? Satu Malaysia kecoh dengan kejadian itu kerana tidak pernah berlaku di Sabah sebelum ini.Tahukah anda, ada satu lagi kejadian luar biasa berlaku di negeri Sabah di mana seekor Ikan Matahari disahkan penduduk telah mendarat di Kampung Forest, Sandakan beberapa hari lalu.
Untuk pengetahuan, ikan jenis ini memang bersaiz lebih besar dari manusia dan jarang dijumpai di Malaysia. Bentuknya, bulat dan pipih serta mempunyai sirip yang terletak di bahagian punggung.
Panjang dan beratnya boleh mencecah 1 meter dan 1,000 kg. Menurut maklumat, ikan ini tidak dapat ditembusi oleh peluru kerana mempunyai kulit yang tebal.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date