Nursyafiqah Abdullah Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Dibunuh Dengan Kejam Di Paka, Terengganu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua Dungun, jam 3.20 petang Isnin lalu.


Kanak-kanak yang dikatakan berusia 2 tahun ini didakwa dibunuh dengan kejam.
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan


Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong  di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.

Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu.

Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka.

Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan.

Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media.


Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat.

Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah.

Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya.

Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis.

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu.

Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh.

Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.



Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.






Luluhnya hati seorang nenek melihat mayat cucunya

“Sebagaimana zalimnya cucu saya dibunuh, saya mahu orang yang melakukannya menerima hukuman setimpal,” kata Semek Hitam, 58, nenek kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Paka Fasa Dua, Paka dekat sini, kelmarin.


Lebih membuatkannya pilu, Semek berkata, dia menjaga cucu sulungnya yang dikenali sebagai Nursyafiqah itu sejak mangsa dilahirkan di rumahnya di Kampung Tebing Tembah, di sini

“Kali terakhir saya bertemu cucu September tahun lalu sebelum dia dan ibunya berpindah ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka atas alasan ingin berdikari.

“Saya cuba menghalangnya (anak), tetapi dia tetap berkeras dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Semek berkata, dia hanya mengetahui mengenai kematian cucunya menerusi televisyen malam kelmarin sebelum disahkan seorang ahli keluarganya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.