Makam ‘firaun hilang’ ditemui Keranda Firaun Sobekhotep l ditemui di Abydos di pinggir Kaherah. |
Sekumpulan pakar arkeologi Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat berjaya menemui rangka Raja Senebkay, yang dikenali sebagai ‘firaun hilang’ di Abydos, wilayah Sohag, kira-kira 500 kilometer ke selatan Kaherah baru-baru ini.
Tidak pernah disebut di dalam mana-mana sejarah Mesir kuno, nama Raja Senebkay tercatat di dalam bentuk tulisan hiroglifik yang ditemui bersama barangan yang menggambarkan ia milik keluarga diraja,” kata kementerian dalam satu kenyataan.
Kenyataan berserta gambar penemuan itu juga menunjukkan keranda batu yang rosak teruk di dalam bilik pengebumian tanpa bumbung.
Dinding batunya dihias dengan imej berwarna. Rangka tulang firaun yang disusun diatas kain putih turut ditunjukkan.
“Pada asalnya ia di awet tetapi tubuhnya rosak dan terpisah akibat aktiviti pencuri makam zaman purba,” jelas kenyataan bergambar itu.