Lelaki Nigeria saman pembekal gigi kerana gagal pikat wanita

Jeremy Renner
Saman pengeluar Ubat kerana gigi gagal pikat wanita seperti di iklan .

Seorang lelaki memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pembekal ubat gigi jenama “Close-Up” apabila gagal memikat wanita seperti yang diiklankan syarikat berkenaan.

A thony Olatunfe, 26, memfailkan saman terhadap Unilever Nigeria Ltd dan meminta syarikat berkenaan membuktikan keberkesanan produk mereka melalui ujian makmal.

Iklan ubat gigi berkenaan memaparkan wanita tertarik kepada lelaki yang menggunakan ubat gigi syarikat terbabit.
Jeremy Renner
Lelaki Nigeria saman pembekal gigi kerana gagal pikat wanita.
“Tiada wanita yang mahu keluar minum dengan saya walaupun saya yakin mereka mampu menghidu nafas saya.

“Saya sering menggunakan ubat gigi berkenaan untuk memastikan wanita tertarik dengan kesegaran nafas saya seperti yang disiarkan dalam iklan syarikat itu di televisyen,” kata Anthony yang telah tujuh tahun menggunakan produk berkenaan.

Anthony turut menyerahkan semua tiub ubat giginya kepada mahkamah sebagai bukti.

Anthony juga menuduh syarikat Unilever menipu hingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.