Pelawak, pelakon dan pengacara Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi saman menuntut RM1 juta daripada Juara Film Production Sdn Bhd dan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar kerana mengakibatkan kecederaan di dahinya selepas dibaling gelas kaca.
Johan Raja Lawak menang Saman dengan Tuntutan RM1 Juta
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yam dalam keputusannya membenarkan permohonan saman Johan (plaintif) menuntut ganti rugi dan mengenepikan tuntutan saman balas menuntut RM2 juta oleh Mohd Javed (defendan).
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk pengurusan kes serta bagi menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.Johan, 29, bersama isterinya, Rozlinawaty Ismail, 32, memfailkan saman dengan menamakan Mohd Javed, 37, dan syarikat produksi itu sebagai defendan pertama dan kedua.
Berdasarkan pernyataan tuntutannya, beberapa hari sebelum kejadian Johan bersama isterinya berlakon di dalam sebuah program televisyen yang diterbitkan oleh defendan kedua dan lokasi penggambaran adalah sekitar Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan
Johan menang saman RM1j
Pelakon dan pelawak, Johan Raja Lawak (gambar) dan isterinya, semalam, menang kes saman tuntutan ganti rugi RM1 juta terhadap seorang pengarah drama dan syarikat produksi.Mahkamah Tinggi membenar saman Johan atau nama sebenarnya, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz dan Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati (plaintif) terhadap Mohd Javed Nizar dan Juara Filem Production Sdn Bhd (defendan) berhubung kecederaan yang dialami Johan selepas dibaling gelas kaca.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar terhadap kedua-dua plaintif.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok, juga memerintahkan kos ditanggung Mohd Javed dan syarikat produksi berkenaan.
Mahkamah turut membatalkan tuntutan saman balas RM2 juta Mohd Javed dan syarikat penerbitan berkenaan, selaku defendan.
Pada 18 Julai 2010, Johan dan Ozlynn memfailkan saman terhadap Mohd Javed kerana didakwa menyebabkan kecederaan di dahi kiri yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca di sebuah restoran di Sikamat, Seremban.
Dalam tuntutannya, Johan mendakwa Mohd Javed menterbalikkan meja di depannya dan mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan akibat ditumbuk seorang krew penggambaran yang dikenali sebagai Halim.
Katanya, Halim kemudian terus memukul, menyepak dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn sehingga menyebabkan isterinya turut dipukul.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
JOHAN yang cedera di muka dan kepala mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Dalam tuntutannya, Johan mendakwa Mohd Javed menterbalikkan meja di depannya dan mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan akibat ditumbuk seorang krew penggambaran yang dikenali sebagai Halim.
Katanya, Halim kemudian terus memukul, menyepak dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn sehingga menyebabkan isterinya turut dipukul.
Siar e-mel fitnah
Beliau berkata, Ozlynn kemudian dipukul Mohd Javed ketika cuba menghalang suaminya daripada terus dipukul.
Pelawak itu turut mendakwa, defendan menulis dan menyiarkan e-mel berunsur fitnah terhadap mereka berhubung masalah yang ditimbulkan sehingga mengganggu set penggambaran serta menghantar e-mel berkenaan kepada Persatuan Seniman Malaysia pada 20 Mei 2010.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.
Mereka turut memohon kenyataan maaf dikeluarkan secara terbuka oleh kedua-dua defendan menerusi akhbar dan televisyen tempatan, penarikan balik semua surat dan e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada persatuan industri, faedah dan relif lain.
Peguam plaintif, Suhaimi Saad ketika ditemui berkata, kedua-dua anak guamnya kini berada di Makkah untuk menunaikan umrah.
Peguam plaintif, Suhaimi Saad ketika ditemui berkata, kedua-dua anak guamnya kini berada di Makkah untuk menunaikan umrah.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.