Dekan Malaysia menang keatas kes cabar dasar larangan masuk AS


EKSKLUSIF: Digari bagai penjenayah “Saya terus digari di kaunter daftar masuk lapangan terbang tanpa diberi penjelasan oleh polis dan dilayan seperti penjenayah berat. 


“Bayangkan kesakitan saya, baru beberapa minggu menjalani pembedahan histerektomi (peng-angkatan kandungan rahim) dan masih menggunakan kerusi roda,” kata Prof Dr Rahinah Ibrahim, 48, mengimbau kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2005 yang menyebabkan beliau terus dilarang memasuki Amerika Syarikat (AS) sejak itu. 

Hakim Amerika Syarikat (AS) menyebelahi Dekan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Rahinah Ibrahim yang mencabar dasar larangan masuk ke negara itu.

Dr Rahinah Ibrahim
Hakim Daerah San Francisco, William Alsup juga memutuskan prosedur semasa untuk membetulkan kesilapan dalam senarai berkenaan adalah tidak memadai. 


Rahinah mengemukakan saman untuk mengeluarkan namanya daripada senarai larangan terbang itu selepas visanya dibatalkan dan beliau dilarang kembali ke AS sejak awal 2005. 

Dalam penghakimannya, Alsup berkata kerajaan AS mengakui bahawa Rahinah bukan ancaman kepada keselamatan negara dan beliau berhak diberitahu sama ada masih berada dalam senarai larangan itu.

Justeru, katanya, sebarang kesilapan maklumat mengenai Rahinah perlu diperbetulkan.

Alsup juga memerintahkan pihak berkuasa mengemukakan lebih banyak maklumat kepada Rahinah berhubung penolakan permohohonan visanya.

Laporan agensi berita sebelum ini menyatakan nama Rahinah termasuk dalam senarai larangan terbang AS kerana pihak berkuasa negara itu dipercayai keliru dengan pembabitan beliau dalam pertubuhan bukan kerajaan di California, Jamaah Islah Malaysia dengan pertubuhan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, Jemaah Islamiyah. 

Rahinah melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Stanford University, California, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2005.

Ketika itu, beliau dalam perjalanan ke Hawaii bersama anak perempuannya bagi menghadiri persidangan tetapi ditahan di kaunter tiket dan digari tanpa sebarang alasan.

Selepas dua jam ditahan dalam bilik khas, Rahinah dibenarkan meneruskan perjalanan ke Hawaii dan pulang bercuti di tanah air.

Namun, ketika ingin memasuki semula AS, beliau dimaklumkan visa pelajarnya ditarik balik dan beliau tidak dibenarkan memasuki AS hingga sekarang.

Susulan kes itu, beliau menamatkan kajian PhD di Malaysia dan berjaya menerima ijazah walaupun tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen di California. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.