Cara berwuduk mengikut Fardu Rukun Wuduk.
Cara berwuduk mengikut Fardu Rukun Wuduk
Info Tatacara Wuduk: Fardu(Rukun) Wuduk
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”
Penjelasan: Ini kerana kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah tanpa kita sedari apa yang keluar dari mulut kita sama ada baik atau buruk.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. Semoga kita ditempatkan di dalam syurga Allah di akhirat kelak.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan kerana amalan baik yang dilakukan semasa hidup di dunia.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini.”
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan semasa hidup di dunia.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu.”
Penjelasan: Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala. Panas dunia pun kita tidak mampu bertahan. Inikan pula panasnya Padang Mahsyar. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini.”
Penjelasan: Hari-hari kita mungkin mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Telinga manusia juga banyak mendengar perkara-perkara yang melalaikan.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.”
Penjelasan: Ahli syurga melintasi itian Siratul Mustaqqim dengan begitu pantas sekali. Semoga Allah mempermudahkannya bagi kita.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Penjelasan: Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah. Semoga kita akan dibantu oleh Allah semasa melakukan amalan kebaikan dan dilindungi oleh Allah dari melakukan kemaksiatan.
InsyaAllah dengan amalan doa semasa berwudhuk ini akan dapat memberi khusyuk semasa kita melakukan sembahyang 5 waktu.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date