Siswi UKM terjatuh di gaung Bukit Tabur

Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mangsa, Soleha Abd Rahman yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter di Bukit Tabur, Taman Melawati.

Seorang pendaki wanita berusia 25 tahun pengsan selepas terjatuh ke dalam gaung di Bukit Tabur, hari ini.


Soleha Abd Rahman dilaporkan terjatuh kira-kira jam 10.40 pagi tadi.  Dia mendaki bukit itu bersama lapan rakannya sebelum tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung.

Gambar facebook terakhir yang sempat dikongsikan arwah sebelum terjatuh di gaung yang sama di Bukit Tabur .

Dia mendaki bukit itu bersama lapan rakannya sebelum tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung. Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamat dan mengeluarkan Soleha dari gaung tersebut kira-kira pukul 2 petang.

Soleha dibawa menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut. Mangsa yang parah meninggal setengah jam kemudian.
"Kami sedang memantau tahap kecederaan wanita tersebut yang masih tidak sedarkan diri itu.  Ia mengambil sedikit masa sebelum kami boleh membawanya turun," kata jurucakap itu.
         
Awal bulan ini, Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk menyelamat seorang wanita yang terjatuh ke dalam gaung bukit yang sama.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi 5 Januari itu, mangsa Noor Hasmahani Hashim, 28, dari Kampung Baru dipercayai mendaki secara bersendirian sebelum  tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.