Eeeewwwww! Buat penggemar setia restoran mamak, pastinya video rakaman di bawah ini memberikan tamparan yang besar kepada anda yang juga mungkin membuatkan anda merasa jijik untuk menjejak kaki ke mamak sehari dua ini.
Ini kerana seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi sebuah restoran mamak yang terletak di Cheras ini telah berjaya merakamkan video seorang pekerja yang sedang mencuci kuali dengan air longkang di belakang kedainya itu.
Memang dasar pengotor! Dah takde cara lain ke nak cuci kuali tu? Memang tak semua pekerja mamak buat perangai sebegini, namun bak kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga!