ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
|
Temu janji berdarah
Seorang penjual kuih nyaris maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadiaan di Jalan Sri Pelangi 1 di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun itu terselamat dan sempat menghubungi sepupunya sebelum memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 150 meter untuk mendapatkan bantuan di rumahnya.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 9.30 malam itu sejurus mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali untuk bertemu di kawasan pembinaan berdekatan kediamannya.
“Sejurus membuat temu janji, mangsa memandu kereta seorang diri untuk bertemu suspek yang tiba dengan Perodua Myvi hitam.
“Sebaik mendekati mangsa, suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.