Nelson Mandela meninggal dunia dengan tenang, dikelilingi keluarga
Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.
Pejuang anti-aparthied itu berusia 95 tahun.
Kematian Mandela diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.
“Kini beliau pergi dengan aman untuk selama-lamanya," kata Zuma yang turut bersedih.
Zuma juga mengumumkan satu pengkebumian negara akan dilakukan untuk Mandela dan mengarahkan semua bendera dikibar separuh tiang mulai hari ini sehinggalah pengkebumian tokoh negara itu.
Mandela 'tokoh politik terhebat era moden' - Putin
Presiden Russia, Vladimir Putin menyifatkan Nelson Mandela sebagai 'seorang tokkoh politik paling hebat dalam era moden'.
“Mandela melalui saat sukar dam sangat komited sehingga hari-hari terakhirnya berjuang untuk keadilan dan kemanusiaan," kata Putin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kremlin.
“Semua era moden sejarah Afrika berkait dengan nama Nelsen Mandela, yang menandakan kemenangan kepada perjuangan melawan apartheid dan membina demokrasi di Afrika Selatan," katanya.
Nelsen meninggal dunia awal pagi ini selepas bertarung dengan penyakit komplikasi paru-paru sejak sekian lama.
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata, kematian bekas presiden itu bukan saja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.
"Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan sangat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.
"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.
Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang.
Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata legasi Mandela merupakan satu legasi yang menakjubkan.
"Sukar untuk kita mencari seorang pemimpin bertaraf dunia yang mampu untuk menjadi ikon atau 'role model' untuk seantero dunia tanpa mengira agama, bangsa, negara dan benua," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Beliau berkata mesej Mandela, yang merupakan presiden kulit hitam pertama Afrika dan ikon anti-Apartheid, membawa kepada penyatuan umat di seluruh dunia.
Mandela, 95, meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg selepas beberapa bulan menderita jangkitan paru-paru.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Malaysia ucap takziah atas kematian Nelson Mandela
Kerajaan dan rakyat Malaysia hari ini menyampaikan ucapan simpati mendalam serta takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas kematian bekas presiden Nelson Mandela.Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata, kematian bekas presiden itu bukan saja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.
"Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan sangat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.
"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.
Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang.
Wanita UMNO ucap takziah kepada keluarga Mandela
Pergerakan Wanita Umno hari ini mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga pemimpin berjiwa besar Nelson Mandela atas pemergian tokoh itu semalam.Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata legasi Mandela merupakan satu legasi yang menakjubkan.
"Sukar untuk kita mencari seorang pemimpin bertaraf dunia yang mampu untuk menjadi ikon atau 'role model' untuk seantero dunia tanpa mengira agama, bangsa, negara dan benua," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Beliau berkata mesej Mandela, yang merupakan presiden kulit hitam pertama Afrika dan ikon anti-Apartheid, membawa kepada penyatuan umat di seluruh dunia.
Mandela, 95, meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg selepas beberapa bulan menderita jangkitan paru-paru.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.